Bengkel Pra Sabah Data Fest 2.0

 

"

KOTA KINABALU, 06-07 Ogos 2020 - LINTAS PLATINUM HOTEL, Bengkel Pra Sabah Data Fest 2.0 Online ini merupakan program anjuran bersama Kementerian Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah dengan kerjasama MAMPU Sabah, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah, Universiti Malaysia Sabah dan Kinabalu Coders.

Objektif bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta dalam pembangunan dashboard menggunakan Google Data Studio (GDS) dan menggalakkan penggunaan data-data terbuka yang telah dimuatkan ke dalam portal data terbuka data.gov.my.

Penganjuran bengkel ini mensasarkan seramai 50 orang peserta sahaja daripada pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi. Hasil maklum balas, seramai 73 orang yang telah menghantar pemohonan untuk menyertai bengkel tersebut. Walaubagaimanapun, hanya 58 orang peserta sahaja yang dikenal pasti dibenarkan menyertai Bengkel Pra Sabah Data Fest 2.0