Fungsi Utama Bahagian

Bahagian Pelajaran, Pembangunan dan Modal Insan

1. Mengenalpasti program kemahiran memenuhi keperluan industri

  • Mempergiatkan kolaborasi antara institusi pendidikan tempatan dan luar negara.
  • Menganjurkan Program Pendidikan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
  • Menjalinkan hubungan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Mengadakan lawatan Top 20 Universiti antarabangsa.

2. Memantau pembangunan prasarana sekolah dan IPT di Sabah.

  • Mencadang dan memantau pembinaan sekolah dan Institusi pendidikan di Sabah.
  • Bekerjasama rapat dengan JPN Sabah tentang keperluan pembangunan, kelulusan dari agensi kerajaan negeri seperti tanah, DP, OC dan sebagainya.
  • Memastikan keperluan sekolah (pra-sekolah, rendah & menengah) dan institusi pendidikan tinggi (IPTA&IPTS) dapat dipenuhi di Sabah khasnya bandar dan di luar bandar.

3. Mempergiatkan kolaborasi antara institusi pendidikan tempatan dan luar negara

  • Memastikan program – program yang dirancang   dapat dilaksanakan mengikut takwim.
  • Mempergiatkan kolaborasi antara institusi pendidikan tempatan/swasta.

 

    Bahagian Biasiswa

    1. Melaksanakan dasar kerajaan negeri menerusi pemberian biasiswa mengikut keperluan tenaga manusia di Negeri Sabah

    • menyediakan iklan permohonan BKNS
    • menerima dan menapis permohonan sistem online
    • mesyuarat jawatankuasa
    • makluman keputusan permohonan

    2. Melaksanakan pembayaran elaun biasiswa, tuntutan dan kemudahan lain

    • penerimaan fail daripada Unit Pemantauan, Sahk    an dokumen lengkap dan teratur
    • arahan pembayaran kepada Unit Akaun 

    3. Melaksanakan pemantauan prestasi akademik dan Hal Ehwal Pelajar

    • menerima dan menyemak keputusan peperiksaan 
    • minit arahan pembayaran ke Unit Elaun dan Kemudahan Pelajar.
    • melapor tamat pengajian 

     

      Bahagian Kreatif, Inovatif dan Teknologi Digital

      1. Menentukan dasar kreatif dan inovasi negeri Sabah

      • Menjalankan kajian berkenaan dengan aktiviti kreatif dan inovasi.
      • Menjalankan libat urus dengan pemegang taruh bidang kreatif dan inovasi.
      • Menggubal Dasar yang berkaitan dengan bidang kreatif dan inovasi.
      • Menjadi pusat rujukan untuk bidang kreatif dan inovasi.

      2. Mengenalpasti, merancang dan melaksana program pembudayaan kreatif dan inovatif

      • Merangka Pelan Induk Pembudayaan Kreatif dan Inovasi negeri Sabah.
      • Menentukan kertersediaan peruntukan untuk melaksanakan program.
      • Melaksanakan program pembudayaan kreatif dan inovasi. 

      3. Mengenalpasti dan menetapkan dasar pembangunan teknologi digital di Sabah

      • Menjalankan kajian berkenaan dengan aktiviti pembangunan Teknologi Digital
      • Menjalankan libat urus dengan pemegang taruh teknologi digital
      • Menggubal Dasar yang berkaitan dengan bidang teknologi digita
      • Menjadi pusat rujukan untuk pembangunan teknologi digital di Sabah

      4. Mentadbir pelaksanaan Sistem Kerajaan Elektronik

      • Mempertimbangkan permohonan serta memberi maklumbalas pemasangan, perpindahan atau pemberhentian pop/router sabahnet. 
      • Mempertimbangkan  serta memberi  maklumbalas terhadap permohonan pengwujudan url
      • Mempertimbangkan permohonan hebahan rasmi daripada agensi kerajaan dan menyalurkan kepada operator sabahnet untuk hebahan melalui portal sabah.gov.my. 
      • Mempertimbangkan serta memberi maklumbalas kepada sebarang permohonan yang berkaitan dengan lain-lain perkhidmatan yang disediakan oleh operator  Sabah.Net.
      • Memantau kesahihan maklumat yang terpapar melalui portal www.sabah.gov.my.
      • Mengeluarkan pekeliling perkhidmatan berkenaan Sistem Kerajaan Elektronik dari masa ke semasa mengikut keperluan.
      • Menguatkuasakan Arahan Teknologi Maklumat untuk sektor awam negeri Sabah.

        Bahagian Pengurusan dan Kewangan

        1. Mengurus sumber manusia yang meliputi hal ehwal perkhidmatan dan perjawatan
        2. Pengurusan dan pentadbiran pejabat secara kesuluruhan
        3. Menyelaras dan melaksanakan sistem perakauan kementerian secara sistematik dan teratur mengikut peraturan-peraturan sedia ada.