Latar Belakang

Kementerian Pelajaran dan Inovasi (KPINS) ditubuhkan melalui penjenamaan semula Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) pada 12 Mei 2018. Tujuan penukaran nama tersebut adalah sejajar dengan hasrat kerajaan ke arah autonomi pembangunan pendidikan dan pelajaran negeri Sabah. Jabatan dan agensi yang diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian adalah:

  1. Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM);
  2. Perpustakaan Negeri Sabah
  3. Sabah Net Sdn. Bhd.
  4. Sabah Skills and Technology Centre

Lokasi Kementerian ini ialah di Aras Bawah, Tingkat 8-11, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu.