Pertandingan Sabah Data Fest 2.0 Online

SEMUA KETUA JABATAN KERAJAAN NEGERI SABAH


YBhg. Datuk/ Dr./ Tuan/Puan,


PELAWAAN MENYERTAI PERTANDINGAN SABAH DATA FEST 2.0 ONLINE 


Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 

2.    Sebagaiamana yang YBhg. Dr. sedia maklum pada tahun 2018 Agensi Kerajaan Negeri Sabah telah mencapai sasaran Key Performance Indicator (KPI) iaitu sebanyak 55 Set data telah dimuatnaik oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri Sabah ke dalam portal data.gov.my seperti yang telah ditetapkan. Susulan daripada Sabah Data Fest yang telah diadakan pada tahun 8-9 Julai 2019, Negeri Sabah telah berjaya mengumpulkan 99 set data bagi agensi negeri Sabah setakat ini yang boleh dicapai melalui portal data terbuka iaitu :- http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset?q=sabah

3.     Sukacita dimaklumkan bahawa kesinambungan program tersebut,  Sabah Data Fest 2.0 secara online akan diadakan pada 6 Ogos 2020 hingga 7 Ogos 2020. Objektif program ini adalah seperti berikut :-

  • Memberi Pendedahan Kepada Para Peserta Dalam Pembangunan Dashboard Menggunakan Google Data Studio; dan
  • Menggalakkan Penggunaaan data-data Terbuka yang telah dimuatkan ke dalam portal data Terbuka data.gov.my

4.    Sabah Data Fest 2.0 Online ini merupakan program anjuran bersama Kementerian Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah dengan kerjasama MAMPU Sabah, Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah, Universiti Malaysia Sabah dan Kinabalu Coders. 

5.    Sehubungan dengan itu, pegawai atau kakitangan YBhg. Datuk/ Dr./ Tuan/Puan yang berminat untuk menyertai pertandingan Sabah Data Fest 2.0  ini yang bertujuan untuk membangunkan dashboard berdasarkan set-set data negeri sabah yang telah dimuatkan ke dalam portal http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset?q=sabah. Syarat-syarat penyertaan adalah seperti di Lampiran 1.

 

  • Encik Verus Lawrence
  • Penolong Setiusaha Kanan (KIT)Kementerian Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah
  • e-mel : verus.lawrence@sabah.gov.my  
  • Tel : 088-288333 ext 12

 

  • Pn. Jurianah Abdul Rahim 
  • Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
  • MAMPU Sabah
  • e- mel : jurianah@mampu.gov.my Tel : 088-488200

6.         Sabah Data Fest 2.0 online akan diadakan pada ketetapan berikut :-

  •     Tarikh    : 6 Ogos hingga 7 Ogos 2020
  •     Tempat  : Lintas Platinum Hotel 

7.    Pengesahan penyertaan boleh dibuat melalui pautan http://qrgo.page.link/We6Hz selewat-lewatnya pada 28 Julai 2020 jam 12.00 tengahari


8.    Kerjasama dan komitmen YBhg. Datuk/Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan perkara  ini diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

Saya yang menjalankan amanah,


(VERUS LAWRENCE)
Penolong Setiausaha Kanan (KIT)
b.p. Setiausaha Tetap

Lampiran 1 : Syarat Pertandingan : https://qrgo.page.link/XPPH5