Piagam Pelanggan

Bahagian Pelajaran

  1. Memberikan perkhidmatan dengan mesra, cekap,  dan amanah.
  2. Menyebar luas program latihan kemahiran sepanjang tahun
  3. Mengendalikan program peningkatan prestasi pelajar bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) sekurang – kurangnya 3 kali setahun.

Bahagian Kreatif, Inovatif dan Teknologi Digital

  1. Memberikan penilaian teknikal terhadap sebarang permohonan yang berkaitan lokasi pemasangan Point-of-Presence (POP) SabahNet dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
  2. Meluluskaan permohonan penyebaran maklumat rasmi ke Laman Web Rasmi Sabah.Gov.my dan e-emel kumpulan dalam tempoh dua (2) hari bekerja.

Bahagian Biasiswa

  1. Menyampaikan surat tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah selepas Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  2. Memproses permohonan tuntutan pembayaran yang telah lengkap dan teratur untuk dikemukakan ke Unit Akaun dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.