Video: Filem Pendek : SI KEPALA KOTAK | Sabah Screen Fest 2018

Tajuk : SI KEPALA KOTAK

Sinopsis: Hidup ini penuh pancaroba. Suka... Duka... Benci... Dengki adalah asam garam kehidupan seorang remaja, Violet. Seorang remaja yang benci akan dirinya sehinggakan tidak sanggup melihat dirinya di hadapan cermin. Kata-kata hinaan daripada kawan-kawannya di sekolah menambahkan lagi duka hatinya sehinggakan malu dengan kekurangan yang ada pada dirinya. Dia berharap dengan menggunakan kotak untuk menutup mukanya dapat menyelesaikan masalah. Namun, pelbagai masalah masih berterusan menimpanya sehinggakan dia tidak berupaya menghadapi masalah itu. Adakah ini takdirnya dalam hidupnya untuk menghadapi cabaran yang tidak ada hentinya?